Tentang Kami
Syarikat Nutriland (M) Sdn. Bhd. (1428974-W) telah ditubuhkan pada 06 September 2021 dan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016. Berasal dari sebuah perniagaan kecil dengan nama Nutriland Herbs & Healthy yang bermula pada tahun 2017, syarikat kami telah berkembang dan dinaik taraf menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
Nutriland mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti MARA, SME, MATRADE, dan FAMA yang membantu kami berkembang dan mencapai tahap sekarang. Kami komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan para pengguna kami.
Kilang kami berfungsi sebagai OEM (Original Equipment Manufacturer) yang menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kesejahteraan mengikut keperluan pelanggan. Produk yang dihasilkan termasuk kosmetik, minuman dan makanan kesihatan, produk haiwan kesayangan, produk ready to eat, herba, produk kesihatan luaran, dan pelbagai lagi. Kami juga berhasrat menghasilkan produk inovasi. Dengan dedikasi kepada kualiti dan keberkesanan, kami memastikan setiap produk memenuhi standard tertinggi untuk memberikan manfaat kesihatan yang berpanjangan kepada pengguna.
Nutriland juga komited untuk membantu usahawan lain membangun dan maju. Sesiapa yang berminat ingin menjadi agen, sila hubungi kami di email: nutrilandhh@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Nutriland beraspirasi untuk menjadi jenama utama dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Kami terus melakukan penyelidikan dan inovasi untuk memastikan produk kami tetap relevan dan berkesan.
Lokasi Kami Nutriland (M) Sdn. Bhd. beroperasi di 19A, Kawasan Industri Mara (KIM) Fasa 3, Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.